Friday, 15 April 2011

anak beranak same je.......


Aziz seorang saintis yang sedang meningkat naik namanya. Petang itu Aziz berjaya mencipta robot yang boleh mengesan orang bercakap bohong. Robot itu ada tangan seperti manusia. Sesiapa berbohong akan terus dilempang robot itu. Aziz sangat gembira dan membawa robot itu pulang ke rumah dan menunggu anaknya pulang. Tapi anaknya masih belum pulang. Sehingga ke pagi baru lah anaknya pulang.

Aziz: Dari mana tadi tak balik-balik?

Anak: Saya ada kelas tambahan ayah.

(PANG!!! Anaknya dilempang robot tersebut)

Aziz: Kalau nak tahu, ini robot yang baru ayah cipta. Robot ini akan tampar sesiapa saja yang bercakap bohong. Dalam rumah ni semua orang kena cakap benar, jujur. Hah! Kenapa kau pulang lewat?

Anak: Saya baru habis menonton movie di rumah kawan, ayah…

Aziz: Cerita apa?

Anak: Papadom

(PANG!!! Robot bagi penampar lagi)

Aziz: Cakap jujur cerita apa yang kamu tengok?

Anak: Maaf ayah, saya tertengok cerita blue!

Aziz: Kurang ajar!! Berani kamu menipu ayah. Mujur ayah cipta robot tu. Kalau tidak mati-mati ayah kena tipu. Kamu nak jadi apa dah besar nanti hah? Masa ayah sebaya kamu dulu, ayah tak pernah buat kerja tak senonoh camtu.

(PANG!!! Tiba-tiba Aziz dilempang robotnya sendiri. Suasana hening seketika. Isteri Aziz kemudian mencelah)

Isteri Aziz: Hah! Sama saja anak dengan bapak. Ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi? Haa, ikut perangai mak ni. Tak pernah tengok benda2 tak senonoh camtu.

(PANG!!! Robot itu menampar muka isteri Aziz. Suasana hening seketika…masing2 memandang sesama sendiri)

Robot: Anak beranak same je....

1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete